X

Kindly register in order to view this article
!

Sebuah masjid di Arab Saudi ditutup kerana imam dijangkiti Covid-19

Sukarelawan memeriksa suhu badan seorang jemaah masjid sebelum dia menunaikan solat di sebuah masjid di Makkah, Arab Saudi. - Foto AFP
A
A

DUBAI - Pejabat Kementerian Hal Ehwal Agama Islam, Arab Saudi bertindak menutup sebuah masjid buat sementara waktu di Jazan, barat laut negara itu selepas seorang imam dijangkiti dengan Covid-19, lapor portal berita Gulf News pada Isnin.

Penutupan itu yang disebabkan oleh seorang imam didapati positif Covid-19 adalah yang pertama kali dilakukan di negara beraja tersebut.

Menurut kementerian itu, sebuah pasukan bagi menghalang penularan pandemik itu telah mengambil langkah berjaga-jaga termasuk melakukan operasi penstrilan dan beberapa tindakan komprehensif sebagai persiapan untuk membuka semula masjid berkenaan.

Arab Saudi pernah menutup lebih 1,000 masjid buat sementara waktu sebagai usaha untuk menghalang penularan pandemik Covid-19.

Pada Ahad lalu, Arab Saudi mencatatkan 19 kematian akibat pandemik tersebut dan 1,017 kes harian baharu.

Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi ialah 465,797 dan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia akibat pandemik tersebut ialah 7,572 orang pada Ahad lalu.

Baru-baru ini, jurucakap Kementerian Perdagangan Arab Saudi, Abdul Rahman Al Hussein berkata, hanya penduduk yang telah menerima satu suntikan vaksin Covid-19 dibenarkan untuk memasuki pasar raya di negara berkenaan. - Agensi


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!