X

Kindly register in order to view this article
!

SPRM tidak berkompromi salah laku pegawai

Shahrul (kanan) dan Peng Sin (tengah) hadir ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor untuk dituduh pagi Selasa.
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan berkompromi terhadap salah laku yang melibatkan pegawainya.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan tegas akan diambil sekiranya mereka melakukan apa-apa pelanggaran undang-undang.

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan seorang pegawai SPRM, Shahrul Izuan Mohd Zin, 41, dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor pada Selasa atas tuduhan bersubahat dengan ahli perniagaan Teoh Peng Sin bagi menerima suapan wang tunai berjumlah RM100,000.

Ia sebagai dorongan untuk tidak melakukan siasatan terhadap seorang individu di bawah kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

"Shahrul sebelum ini juga pernah ditahan oleh pihak polis berkaitan kes siasatan di bawah Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012, bagaimanapun pertuduhan hari ini tiada kaitan dengan kes tersebut," kata kenyataan itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!