Pengalaman otai pencetus ketenangan The Azzurri

Chiellini tenang mengekang kemaraan penyerang Turki, Burak Yilmaz (kiri) semasa aksi Kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpico, Rome pada Sabtu lalu. Foto AFP
Chiellini tenang mengekang kemaraan penyerang Turki, Burak Yilmaz (kiri) semasa aksi Kumpulan A Euro 2020 di Stadium Olimpico, Rome pada Sabtu lalu. Foto AFP
A
A
A

KARISMA pemain berpengalaman Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci menjadi motivasi kepada pemain Itali khasnya dalam kalangan pemain muda The Azzurri pada saingan Euro 2020 kali ini.

Malah menurut pemain pertahanan The Azzurri, Leonardo Spinazzola, kehadiran dua watak tersebut banyak membantu kem Itali terutamanya ketika berdepan barisan berbakat Turki kendalian Senol Günes di Stadium Olimpico, Rom pada Sabtu.

“Sejujurnya, saya akui berlatih dan beraksi bersama Chiellini selama setahun di Juventus, dan sebagai pemain senior mereka berdua banyak memotivasikan pemain muda Itali.

“Kegigihan dan kesungguhan semasa bersama The Azzurri, membuatkan pemain-pemain berasa selamat biarpun berdepan tekanan lawan di padang sepanjang 90 minit perlawanan.

“Kematangan dan pengalaman mereka khasnya Chiellini, telah banyak membantu meningkat kualiti dan corak permainan Itali sejak kebelakangan ini,” kata pemain berusia 28 tahun yang kini menyarung jersi AS Roma.

The Azzurri kendalian Roberto Mancini yang kini mengungguli Kumpulan A bakal meneruskan kempen Euro 2020 dengan menentang Switzerland di Stadium Olimpico, Rome pada Rabu.

Artikel Berkaitan: