Lebih 10,000 penduduk di Taman Temerloh Jaya kena PKPD

Warga emas dan mereka berpenyakit antara golongan yang disasarkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di pekarangan Masjid Temerloh Jaya sejak Ahad lalu.
Warga emas dan mereka berpenyakit antara golongan yang disasarkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19 di pekarangan Masjid Temerloh Jaya sejak Ahad lalu.
A
A
A

TEMERLOH - Lebih 10,000 penduduk di Taman Temerloh Jaya terlibat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula sejak Sabtu lalu hingga 25 Jun ini.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Temerloh Jaya, Mohd Soleh Abdul Rahman berkata, sejak Ahad lalu, penduduk yang disasarkan khususnya warga emas dan mereka berpenyakit menjalani ujian saringan Covid-19 di pekarangan Masjid Temerloh Jaya.

"Selain ujian saringan Covid-19, kebajikan penduduk terutamanya mereka yang terjejas dan dikuarantin mendapat perhatian KRT dengan kerjasama pihak masjid.

"Bagi mereka yang kurang berkemampuan, pihak KRT sendiri menghantar bekalan ke rumah mereka manakala yang berkemampuan, nombor telefon kedai runcit diberikan untuk mereka mendapatkan perkhidmatan bayaran secara tunai (COD) sepanjang tempoh kuarantin," katanya pada Sinar Harian pada Selasa.

Penduduk di Taman Temerloh Jaya Temerloh menjalani ujian saringan Covid-19 sejak lokaliti itu dikenakan PKPD bermula Sabtu lalu.
Penduduk di Taman Temerloh Jaya Temerloh menjalani ujian saringan Covid-19 sejak lokaliti itu dikenakan PKPD bermula Sabtu lalu.

Menurut beliau, diharap penduduk di Temerloh Jaya yang membabitkan kira-kira 4,000 buah rumah itu terus memberikan kerjasama baik kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh PKPD.

Selain taman terbabit, dua taman berhampiran iaitu Taman Temerloh Jaya Indah dan Taman Temerloh Makmur dikenakan PKPD bagi tempoh sama.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 38 kes secara keseluruhan iaitu 24 kes di Taman Temerloh Jaya, selain Taman Temerloh Jaya Indah (enam kes) dan Taman Temerloh Makmur (lapan kes) hasil daripada 407 ujian saringan dijalankan di ketiga-tiga lokaliti berkenaan.

Artikel Berkaitan: