Buang bayi di perhentian bas, pasangan kekasih ditahan

No Image Caption
A
A
A

SEREMBAN - Polis menahan sepasang kekasih bagi membantu siasatan kes buang bayi perempuan yang baharu dilahirkan di perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Sri Sendayan dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pasangan berusia 23 dan 26 tahun itu ditahan di Garden Avenue Seremban 2, kira-kira jam 7.30 malam pada Isnin susulan hasil siasatan dan maklumat awam.

"Mereka akan direman di Mahkamah Seremban pada hari ini. Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.

Mohd Said berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah terlibat dan berharap kejadian seumpama itu tidak berulang lagi.

Pada Isnin, tular gambar dan video berdurasi 26 saat berkenaan penemuan bayi yang dipercayai berusia dua hari diletakkan di dalam kotak di perhentian bas berhadapan sebuah sekolah di Felda Sri Sendayan. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Bayi dalam kotak ditemui di pondok basp />

Artikel Berkaitan: