Copa America: Paraguay bangkit baham Bolivia

Romero antara pencetak gol Paraguay pada aksi menentang Bolivia hari ini.
Romero antara pencetak gol Paraguay pada aksi menentang Bolivia hari ini.
A
A
A

PARAGUAY memberikan amaran awal kehadiran mereka pada saingan Copa America 2021 bukan sekadar pelengkap, apabila membelasah Bolivia 3-1 dalam aksi kumpulan B sebentar tadi.

Pada aksi Olimpico Pedro Ludovico, Goiania itu, skuad kendalian Eduardo Berizzo terlebih dulu ketinggalan seawal minit ke-10 menerusi jaringan Erwin Saavedra.

Tersentak jaringan itu, Paraguay kembali memperkemaskan rentak, dan melancarkan serangan terhadap barisan kendalian Cesar Farias tersebut.

Namun keampuhan benteng Bolivia ternyata terlalu kebal untuk dibolosi percubaan peledak Paraguay seterusnya mengekalkan kedudukan 1-0 menuju masa rehat.

Selang beberapa minit bersambung babak kedua, Bolivia terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas

Jaume Cuellar dilayangkan kad merah.

Kesempatan itu dimanfaatkan sepenuhnya Paraguay apabila mengandakan asakan ke kubu lawan yang kehilangan pemain penyerang.

Gawang Bolivia akhirnya bolos hasil jaringan Alejandro Romero pada minit ke-62'diikuti jaringan Angel Romero (66'), (81').

Artikel Berkaitan:

Tiga gol tersebut sudah cukup membolehkan Paraguay memimpin kumpulan B dengan tiga mata sambil diekori Argentina kedua (1 mata), Chile (1 mata), Uruguay dan Bolivia.