X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga kilang dikompaun RM34,500

Tiga kilang dikompaun kerana langgar operasi SOP PKPD di kawasan Perindustrian Gebeng pada malam Isnin.
A
A

KUANTAN - Tiga kilang dikompaun sebanyak RM34,500 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kawasan Perindustrian Gebeng, di sini.

Kompuan dikeluarkan Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 dan Majlis Bandaraya Kuantan dalam satu operasi bersepadu pada malam Isnin.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pembangunan), Datuk Razihan Azaruddin berkata, sebanyak lima kilang diperiksa secara bersama 12 agensi berkaitan di kawasan yang dikenakan PKPD sejak 8 Jun sehingga 21 Jun ini.

"Hasil pemeriksaan itu mendapati tiga kilang melakukan pelanggaran dan setiap satu daripada kilang terbabit akan dikenakan kompaun sebanyak RM11,500.

"Antara kesalahan yang dikesan adalah beroperasi melebihi masa dan terdapat pelanggaran terhadap akta buruh apabila terdapat seorang pekerja yang kita dapati telah bekerja lebih 12 jam," katanya.

Razihan
Razihan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melakukan operasi bersepadu pemeriksaan kilang di kawasan Perindustrian Gebeng pada malam Isnin.

Operasi selama 4 jam itu turut disertai 12 agensi penguatkuasa antaranya Jabatan Kesihatan Daerah Kuantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Tenaga Kerja, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan MBK.

Beliau menjelaskan, mengikut prosedur SOP PKPD, kilang hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi sehingga 8 malam.

Katanya, operasi berkenaan akan dijalankan secara berterusan selain mengingati pihak kilang agar mematuhi garis panduan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.

"Kita mahu semua pihak sama ada pekerja dan majikan menjaga SOP dan tidak mewujudkan kluster baharu disebabkan ketidakpatuhan pada perintah PKPD.

"PKPD di Gebeng dilaksanakan kerana lebih 52 individu yang telah disahkan positif pada masa itu," ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!