Sepanyol pamer permulaan hambar

Morata (kiri) gagal membantu pasukan untuk meraih tiga mata dalam perlawanan menentang Sweden.
Morata (kiri) gagal membantu pasukan untuk meraih tiga mata dalam perlawanan menentang Sweden.
A
A
A

SEPANYOL mempamerkan permulaan hambar apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Sweden dalam perlawanan pembukaan Kumpulan E Euro 2020 di Estadio de La Cartuja pada awal pagi Selasa.

Skuad kendalian Luis Enrique itu bagaikan kehilangan idea untuk menembusi tembok pertahanan Sweden walaupun statistik menyaksikan Sepanyol lebih banyak menguasai perlawanan.

La Roja yang juga pasukan pilihan dalam Kumpulan E itu mempunyai beberapa peluang keemasan namun gagal disudahkan dengan baik oleh jentera serangan pasukan yang diketuai oleh Alvaro Morata.

Peluang terbaik buat Sepanyol hadir pada minit ke-38 apabila percubaan Morata selepas menerima hantaran Jordi Alba sedikit tersasar ke kanan gawang pasukan Sweden.

Malah, Sweden juga beberapa kali berpeluang untuk menghukum kelalaian pertahanan tuan rumah menerusi serangan balas pantas pada separuh masa kedua perlawanan.

Sepanyol kini berada di kedudukan kedua Kumpulan E dan akan menentang Poland pada 20 Jun ini.

Artikel Berkaitan: