'Bukan ceroboh hutan, tapi kerja-kerja pemulihan'

Inisiatif penanaman semula pokok di kawasan tanah milik syarikat MB Inc yang diteroka haram berdekatan Bukit Keledang, Ipoh sebelum ini turut giat dilaksanakan.
Inisiatif penanaman semula pokok di kawasan tanah milik syarikat MB Inc yang diteroka haram berdekatan Bukit Keledang, Ipoh sebelum ini turut giat dilaksanakan.
A
A
A

IPOH - Kehadiran beberapa jentera berat di tanah milik syarikat kerajaan negeri, MB Incorporation (Inc) berdekatan Bukit Kledang, di sini sejak beberapa hari lalu bertujuan melaksanakan kerja-kerja pemulihan tanah terjejas akibat aktiviti penerokaan haram dikesan awal Februari lalu.

Unit Korporat MB Inc dalam satu kenyataan berkata, syarikat anak kerajaan negeri itu sudah mendapatkan kebenaran Pengarah Pejabat Tanah dan Galian(PTG) Perak untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan.

Kerja menstabilkan struktur cerun dan membina perparitan sedang giat dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh di tanah milik syarikat MB Inc berdekatan Bukit Keledang, Ipoh.
Kerja menstabilkan struktur cerun dan membina perparitan sedang giat dilaksanakan bagi mengelakkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh di tanah milik syarikat MB Inc berdekatan Bukit Keledang, Ipoh.



Menurutnya, inisiatif itu bertujuan menstabilkan struktur cerun dan membina perparitan bagi mengelakkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh.

"Sejak beberapa hari lalu, terdapat banyak pihak terutama orang ramai resah dengan kehadiran banyak jentera berat di kawasan itu dan mempersoalkan sama ada aktiviti pencerobohan hutan masih berlaku.

"Diharapkan penjelasan ini akan menjawab keresahan orang ramai berhubung perkara itu,"katanya kepada media di sini hari ini.

Katanya, untuk makluman juga, kawasan itu ditutup kepada awam sebagai langkah keselamatan dan berada di bawah pemantauan pihak berkuasa untuk mengelak kejadian pencerobohan tanah daripada berulang.

"Pihak MB Inc menghargai keprihatinan masyarakat mengenai kepentingan melindungi Bukit Kledang daripada sebarang ancaman penerokaan haram.

"Hal Ini adalah selari dengan iltizam kerajaan negeri untuk menangani isu penerokaan haram di tanah-tanah milik kerajaan negeri dan syarikat berkanun kerajaan negeri (GLC)," katanya.

Artikel Berkaitan: