Proses hantar sayur tergendala

Harga sayur meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Cameron Highlands bermula 14 hingga 27 Jun depan.
Harga sayur meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Cameron Highlands bermula 14 hingga 27 Jun depan.
A
A
A

SHAH ALAM - Harga sayur meningkat sebanyak 20 hingga 30 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Cameron Highlands bermula 14 hingga 27 Jun depan.

Pengerusi Persatuan Pekebun Melayu Cameron Highlands, Datuk Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid berkata, berlaku masalah di peringkat pemasaran di mana proses menghantar sayur ke pasar tergendala disebabkan PKPD terbabit.

“Misalnya, di Kampung Raja, seluruh kawasan tu PKPD. Kawasan operasi dan tempat pembungkusan mereka pun dalam situ. Jadi semua lori tidak boleh keluar untuk hantar sayur ke pasar.

“Antara sayur yang dijangka naik harga adalah kubis, kubis cina, kacang buncis, salad, lada benggala dan tomato,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Jelas beliau, sayur mempunyai jangka hayat pendek iaitu antara tiga hingga tujuh hari, manakala sayuran berdaun seperti sawi, pakcoy dan bayam hanya bertahan satu hingga dua hari sahaja.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang banyak membantu dalam menguruskan sayur-sayuran dalam tempoh ini.

“Antara bantuan yang diberi termasuklah menyediakan perkhidmatan bilik sejuk untuk menyimpan sayur dengan harga sewa yang berpatutan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: