Sidang media Ku Li esok dibatalkan

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A
A

SHAH ALAM - Sidang media Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang dijadualkan pada hari esok dibatalkan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pegawainya, sidang media tersebut dibatalkan disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

“Sidang media Tengku Razaleigh Hamzah yang dijadualkan esok jam 3 petang di pejabatnya di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur dibatalkan.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ku Li, pada Isnin memaklumkan, beliau dijangka mengadakan satu sidang akhbar di kediamannya di Jalan Langgak Golf Kuala Lumpur, pada jam 3 petang esok.

Bagaimanapun fokus utama sidang akhbar itu tidak dinyatakan dalam butiran jemputan media yang diedarkan hari ini.

Artikel Berkaitan: