Markis Kido meninggal dunia

Markis Kido
Markis Kido
A
A
A

BEKAS jaguh beregu badminton Indonesia, Markis Kido dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang bermain badminton di Tangerang, Indonesia pada Isnin.

Khabar duka itu dimaklumkan oleh bekas pemain badminton wanita Indonesia, Yuni Kartika menerusi laman sosial Twitter dan Instagram peribadinya sebentar tadi.

"Telah meninggal dunia salah satu pebulu tangkis (pemain badminton) terbaik tanah air Markis Kido. Semoga amal dan ibadahnya diterima di sisi Tuhan!! Amin. Selamat jalan Markis Kido," tulis Yuni.

Antara pencapaian terbaik sepanjang kariernya, Markis merangkul pingat emas pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, China ketika berpasangan dengan Hendra Setiawan.

Selain itu, Markis pernah menjuarai Kejohanan Dunia 2007 di Kuala Lumpur. Markis juga meraih pingat emas pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

Markis memulai karier profesionalnya pada 2005 dan berpasangan dengan Hendra. Gandingannya dengan Hendra ternyata menghadirkan banyak gelaran di pentas antarabangsa termasuk memenangi pingat emas tujuh kali pada Sukan SEA.

Artikel Berkaitan: