Keluar kawasan PKPD kesalahan paling tinggi di Bentong

Kompaun dikeluarkan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan hasil pemantauan sekitar daerah Bentong pada Ahad.
Kompaun dikeluarkan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan hasil pemantauan sekitar daerah Bentong pada Ahad.
A
A
A

BENTONG - Seramai sembilan lelaki tempatan masing-masing dikompaun RM2,000 atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, pada Ahad.

Tindakan ke atas individu berusia dari 24 hingga 56 tahun itu diambil di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemantauan yang dijalankan sekitar daerah itu, sebuah premis di kawasan Janda Baik dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi waktu operasi yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurutnya, dalam tempoh pelaksanaan PKP 3.0 bermula 25 Mei hingga 13 Jun lalu, Polis Daerah Bentong mengeluarkan 140 kompaun atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Kompaun dikeluarkan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan hasil pemantauan sekitar daerah Bentong pada Ahad.
Kompaun dikeluarkan terhadap individu yang didapati gagal mematuhi SOP ditetapkan hasil pemantauan sekitar daerah Bentong pada Ahad.

"Kesalahan keluar kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) melebihi had jarak dibenarkan mencatatkan kes tertinggi dengan 47 kes diikuti tidak memakai pelitup hidung dan mulut (27 kes) serta gagal merekodkan pendaftaran masuk premis melalui MySejahtera atau buku rekod pelanggan (23 kes).

"Kesalahan lain yang turut dikeluarkan kompaun adalah tiada premit rentas negeri atau daerah (19 kes), tiada penjarakan fizikal (17 kes), premis gagal patuhi SOP PKPD (enam kes) dan gagal patuhi arahan kuarantin wajib (satu kes)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Zaiham berkata, dalam tempoh 18 Mac 2020 hingga 13 Jun lalu, sebanyak 393 kompaun dikeluarkan di daerah itu atas kesalahan gagal mematuhi SOP.

Artikel Berkaitan:

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak termasuk premis yang terus berdegil serta gagal mematuhi SOP ditetapkan," katanya.