X

Kindly register in order to view this article
!

Eriksen tetap bersemangat!

Eriksen tiba-tiba rebah di tengah padang dipercayai akibat masalah jantung.
A
A

BUAT pertama kali, pemain tengah Denmark, Christian Eriksen membuka mulut selepas rebah di padang akibat masalah jantung ketika aksi menentang Finland dalam saingan Euro 2020 di Stadium Parken, Copenhagen awal pagi Ahad.

Dalam satu kenyataan menerusi pengurusnya kepada akhbar Itali, La Gazetta dello Sport, Eriksen berkata: “Terima kasih, saya tidak akan pernah berputus asa. Saya berasa lebih baik sekarang tetapi saya mahu memahami apa yang telah berlaku.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas apa yang anda telah lakukan untuk saya.”

Eriksen secara tiba-tiba rebah pada minit ke-42 sehingga dia terpaksa menerima bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum sedar dan diusung ke keluar dari padang.

Dia kini dalam keadaan yang stabil di sebuah hospital di Copenhagen dan telah bercakap dengan rakan-rakan sepasukannya yang membuat keputusan untuk meneruskan perlawanan berdepan Finland.

Sementara itu, doktor perubatan skuad Denmark, Morten Boesen mendakwa yang Eriksen telah ‘tiada’ sebelum pemain berusia 29 tahun itu kembali bernafas di atas padang.

“Kami memulakan bantuan pernafasan dan kami berjaya melakukannya. Kami hampir kehilangan dia? Saya tidak tahu tetapi kami telah berjaya mengembalikan dia selepas satu percubaan, jadi ia sangat pantas

“Tempoh masa daripada insiden itu berlaku sehingga dia menerima bantuan adalah faktor yang sangat penting. Itu adalah satu jangka masa yang singkat. Jantungnya kembali berdenyut... ujian yang telah dilakukan setakat ini menunjukkan hasil yang positif,” jelasnya Boesen.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!