1.2 tan minyak masak, gandum gagal seludup

Pihak berkuasa yang menunjukkan barangan kawalan iaitu minyak masak paket dalam kotak dan gandum yang dipercayai gagal diseludup oleh suspek.
Pihak berkuasa yang menunjukkan barangan kawalan iaitu minyak masak paket dalam kotak dan gandum yang dipercayai gagal diseludup oleh suspek.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 1.2 tan minyak masak dan gandum bernilai RM 2,777 di Kampung Bunohan di sini pada petang Ahad.

Serbuan dilakukan menerusi operasi bersepadu bersama Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Kelantan pada jam 6 petang.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, ketika rondaan pasukan berkenaan mengekori dua kenderaan jenis Perodua Viva dan Proton Saga yang mencurigakan.

“Suspek yang menyedari situasi itu terus melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di bahu jalan di Kampung Bunohan.

“Pemeriksaan di dalam kenderaan menjumpai barangan kawalan iaitu minyak masak bersubsidi paket sekilogram dengan kuantiti 1,003 kilogram (kg) bernilai RM 2,507.50 dan tepung gandum 200 kg bernilai RM 270,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan awal mempercayai suspek dalam cubaan membawa bekalan barang kawalan berkenaan ke sempadan negara untuk diseludup ke negara jiran.

“Modus operandi digunakan suspek ialah membuat belian daripada pemborong sekitar Tumpat dan menyimpannya di lokasi strategik di laluan sungai sempadan negara sebelum memasuki negara jiran.

“Nilai rampasan keseluruhan termasuk dua kenderaan dianggarkan RM12,000,” katanya.

Artikel Berkaitan: