X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 06 Disember 2021

Bursa Malaysia ditutup tinggi, naik 7.30 mata

A
A

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup pada paras harian tertingginya, namun kekal kukuh dan meningkat hari ini, disokong pembelian berterusan di kaunter penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kewangan terpilih dan seiring prestasi lebih baik di kebanyakan pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.30 mata kepada 1,582.46 daripada 1,575.16 sewaktu ditutup Jumaat.

Indeks itu dibuka 7.30 mata lebih tinggi kepada 1,582.46 pada Isnin dan bergerak antara 1,578.20 dan 1,587.47 sepanjang sesi dagangan.

Suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 563 kepada 428, manakala 445 kaunter tidak berubah, 718 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7.01 bilion unit bernilai RM3.94 bilion daripada 5.33 bilion unit bernilai RM2.97 bilion pada Jumaat lepas.

Hartalega dan Hong Leong Bank merupakan antara kaunter paling untung di indeks petunjuk pasaran dengan masing-masing meningkat 13 sen dan 12 sen untuk ditutup kepada RM8.43 dan RM18.90.

Menurut penganalisis, sentimen pasaran Asia bertukar positif berikutan pelabur menjangkakan dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk memihak kepada kadar faedah lebih rendah akan berterusan berikutan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada pertengahan minggu ini.

Seorang lagi penganalisis berkata, para pelabur akan menunggu keputusan daripada mesyuarat FOMC pada Selasa dan Rabu, di tengah-tengah kebimbangan bahawa peningkatan tekanan inflasi boleh mendorong pembuat dasar untuk mempertimbangkan kenaikan kadar faedah yang lebih awal daripada jangkaan.

“Di peringkat tempatan, pelabur tidak sabar menunggu pengumuman yang akan dibuat Serba Dinamik pada minggu ini mengenai pengeluaran keputusan suku tahunan Januari-Mac dan pelantikan syarikat perakaunan bebas untuk menjalankan semakan bebas khas terhadap beberapa perkara melibatkan audit berkanun yang telah dibangkitkan oleh juruaudit luarnya baru-baru ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 1.0 sen kepada RM8.19, Public Bank, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare menokok 2.0 sen masing-masing kepada RM4.23, RM8.10 dan RM5.50, manakala TNB meningkat 12 sen kepada RM10.06.

Bagi saham aktif, Serba Dinamik melonjak 14 sen kepada 74.5 sen, KNM menmbah 2.5 sen kepada 20.5 sen, Vizione naik setengah sen kepada 20 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 15 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 62.02 mata kepada 11,565.21, Indeks FBMT 100 menokok 56.77 mata kepada 11,243.93 dan FBM ACE naik 24.50 mata kepada 7,667.57.

Indeks FBM Emas Syariah meningkat 77.11 mata kepada 12,713.44 dan FBM 70 melonjak 94.97 mata kepada 15,029.40.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 58.69 mata kepada 15,311.47, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.89 mata kepada 193.22, bagaimanapun Indeks Perladangan susut 21.53 mata kepada 6,677.96.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 5.43 bilion saham bernilai RM3.49 bilion daripada 4.08 bilion saham bernilai RM2.61 bilion pada penutupan Jumaat.

Jumlah dagangan waran menokok sehingga 322.08 juta unit bernilai RM24.91 juta daripada 228.33 juta unit bernilai RM27.47 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE naik kepada 1.25 bilion saham bernilai RM419 juta berbanding 1.02 bilion saham bernilai RM328.62 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 649.42 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.10 bilion), pembinaan (211.60 juta), teknologi (342.65 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (76.37 juta), hartanah (299.51 juta), perladangan (35.73 juta), REIT (8.38 juta), dana tertutup (16,100), tenaga (2.30 bilion), penjagaan kesihatan (86.18 juta), telekomunikasi dan media (64.23 juta), pengangkutan dan logistik (95.65 juta) dan utiliti (155.42 juta).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!