UPKO sedia beri penjelasan kenapa tolak Mageran

Madius ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui sidang video pada Isnin.
Madius ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui sidang video pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) bersedia untuk menjelaskan kepada parti lain berhubung pendirian parti menolak cadangan penubuhan Majlis Gerakan Negara (Mageran).

Presidennya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau menjelaskan penolakan cadangan penubuhan Mageran itu antara sembilan perkara yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"UPKO bersedia untuk berbincang dengan mana-mana parti dan menjelaskan berhubung pendirian parti iaitu kita menolak cadangan Mageran.

"Penjelasan UPKO mudah saja, kita tidak yakin yang Mageran ini mampu mewujudkan kestabilan politik kerana Mageran tidak melibatkan rakyat, tidak melibatkan Parlimen," katanya pada sidang akhbar yang dilakukan secara maya pada Isnin.

Madius berkata, Mageran hanya bergantung kepada kebijaksanaan ahli-ahli dalam majlis itu.

"Anggota ahli majlis itu seolah-olah macam malaikat iaitu tidak boleh membuat kesilapan sebab asal buat satu kesilapan, rakyat akan memberontak.

"Kemarahan rakyat itu bukan setakat kepada ketua pimpinan saja tetapi mungkin boleh sampai kepada institusi raja juga," katanya.

Diminta mengulas berhubung kesediaan UPKO berhadapan dengan pilihan raya jika darurat ditamatkan, Madius berkata, darurat harus dibuat secara bersasar di kawasan yang memerlukan pilihan raya.

Artikel Berkaitan:

"Soal pilihan raya ini sebenarnya terpulang, kerana pilihan raya di Sarawak kalau perlu diwujudkan darurat, ia seperti yang diumumkan darurat di Batu Sapi, Gerik dan Bugaya.

"Jadi darurat perlu dibuat secara bersasar," katanya.