'Price Catcher' bantu berbelanja dengan bijak

Aplikasi ‘Price Catcher’ untuk menilai harga barangan.
Aplikasi ‘Price Catcher’ untuk menilai harga barangan.
A
A
A

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyarankan agar orang awam menjadi pengguna yang bijak dengan memuat turun dan mengguna aplikasi ‘Price Catcher’ untuk menilai harga barangan sebelum membeli di pasaran.

Timbalan Ketua Setiausahanya, Datuk Rostam Affendi Salleh berkata, pihak pusat membeli-belah seperti Aeon, Mydin, dan Tesco telah memberikan kerjasama yang baik dengan pegawai KPDNHEP bagi mengemas kini harga barangan yang dijual ke dalam sistem ‘Price Catcher’ setiap hari.

“Langkah ini bagi memastikan pengguna memperoleh harga barangan yang terkini”, katanya kepada Bernama selepas merasmikan Program Advokasi Keselamatan Pengguna 2019 peringkat Sarawak di sini hari ini.

Menurut data yang diperoleh dari KPDNHEP, setakat ini 252,456 pengguna telah melayari portal ‘Price Catcher’ sejak pengenalan aplikasi ini pada Januari tahun lepas.

Pengguna boleh juga membuat aduan melalui lapan saluran antaranya terus kepada Portal e-aduan.kpdnhep, menghubungi pusat panggilan di talian 1 800 886 800 atau menerusi aplikasi WhatsApp nombor talian 019 279 4317. - Bernama

Artikel Berkaitan: