UPUOnline dibuka semula esok

Permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bermula esok hingga 21 Jun ini.
Permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bermula esok hingga 21 Jun ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Portal rasmi UPUOnline dibuka semula untuk permohonan masuk ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan institusi latihan kemahiran awam bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sesi 2021/2022.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan permohonan kemasukan pelajar lepasan SPM ke program Sijil, Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bermula esok hingga 21 Jun ini.

“Keputusan itu diambil bagi memberi peluang kepada pelajar yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini," menurut KPT dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pemohon boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my sama ada untuk membuat permohonan kemasukan atau membuat pilihan program pengajian untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dan ILKA.

Bagi pelajar yang belum pernah memohon, perlu mengemukakan permohonan dan memilih program pengajian manakala bagi pelajar yang telah memohon perlu mengemas kini pilihan program pengajian bermula 12 tengah hari, 15 Jun hingga 5 petang, 21 Jun.

"Keputusan ini diharapkan dapat memberi ruang yang secukupnya kepada pelajar untuk mengemukakan permohonan bagi memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian," menurut KPT. - Bernama

Artikel Berkaitan: