Bayi dalam kotak ditemui di pondok bas

Bayi ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di pondok bas di Seremban pada Isnin.
Foto: Sumber orang awam
Bayi ditemui dalam kotak yang ditinggalkan di pondok bas di Seremban pada Isnin. Foto: Sumber orang awam
A
A
A

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang bayi perempuan dianggarkan berusia dua hari ditemui dalam sebuah kotak yang ditinggalkan di pondok bas berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sri Sendayan di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat berhubung penemuan bayi yang masih bertali pusat itu pada jam 11.58 pagi.

"Ketika ditemui, bayi berkenaan berada dalam keadaan sihat dan dianggarkan baru berusia dua hari.

"Namun kita masih belum dapat memastikan bangsa bayi tersebut yang telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk pemeriksaan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengesan ibu kepada bayi berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan tersebut supaya tampil memberi maklumat dengan menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Adi Khusaini Saripudin di talian 012-7778789.

Artikel Berkaitan: