Selangor, PKNS setuju tukar pemain

No Image Caption
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) mencapai persetujuan dengan PKNS FC untuk membuat satu pertukaran sebelum tarikh perpindahan pemain pertama ditutup tengah malam kelmarin.

FAS menerusi laman sesawangnya; www.redgiants.faselangor.my, memaklumkan Fandi Othman yang beraksi dengan PKNS FC akan mengisi posisi pertahanan kiri K. Kannan yang berpindah ke kelab berkenaan.

Untuk rekod, Fandi merupakan anak kelahiran Johor yang memulakan karier bola sepaknya bersama pasukan Harimau Muda A pada 2009.

Beliau pernah beraksi dengan beberapa pasukan lain termasuk Johor Darul Ta’zim II, Melaka United dan Felcra FC.

"Pemain pertahanan ini turut dikenali ramai sebagai seorang pemain yang sangat berdedikasi dan diharap kualiti ini akan dapat membantu memperkuatkan lagi benteng pertahanan Selangor," jelas FAS.

Kannan pula merupakan pemain muda daripada skuad Piala Presiden Selangor yang diserapkan ke dalam skuad Liga Super Selangor pada 2016 dan kekal sehingga kini. - Bernama

Artikel Berkaitan: