Prof Dr Mohd Sazili dilantik Timbalan Naib Canselor UiTM baharu

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengumumkan pelantikan Prof Dr Mohd Sazili Shahibi sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang baharu menggantikan Prof Dr Azizan Abdullah, berkuat kuasa pada Isnin.

Dalam kenyataan pada Isnin, UiTM memaklumkan Mohd Sazili, 51, merupakan pakar bidang sistem dan teknologi maklumat serta e-dagang yang telah berkhidmat di UiTM selama hampir 20 tahun di pelbagai peringkat pengurusan, akademik dan kepemimpinan pelajar.

Menurut UiTM, Mohd Sazili juga merupakan penerima Asia Education Leadership Award oleh CMO Asia & World Education Congress pada 2018, sebagai pengiktirafan terhadap kualiti dan kecemerlangan kepemimpinan beliau dalam mengendali dan menangani isu-isu pendidikan.

"Sebagai Timbalan Naib Canselor HEP yang baharu, Mohd Sazili diharap terus menyerlahkan kualiti dan kecemerlangan pengurusan pelajar sejajar dengan hasrat dan matlamat pelan strategik UiTM 2025 untuk menjadi universiti terkemuka dunia," menurut kenyataan itu di sini.

UiTM turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi atas pelantikan tersebut.

Universiti itu juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Azizan atas segala khidmat bakti dan kepimpinan sepanjang tempoh menyandang jawatan tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: