X

Kindly register in order to view this article
!

MBSP benar aktiviti jualan buah-buahan sepanjang PKP

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mengenai kebimbangan peniaga durian yang dijangka menanggung kerugian kerana masalah pemasaran disebabkan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) ketika ini.
A
A

BUKIT MERTAJAM - Peniaga buah-buahan di negeri ini boleh menarik nafas lega apabila Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) memberi kebenaran untuk mereka menjalankan aktiviti jualan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Sr Rozali Mohamud berkata, permohonan permit jualan telah dibuka dan boleh dibuat menerusi platform dalam talian melalui Cyber Counter MBSP.

Menurutnya, MBSP juga telah menyediakan senarai lokasi yang dibenarkan untuk peniaga-peniaga menjalankan perniagaan dan boleh didapati di www.mbsp.gov.my.

"Kita turut memberikan peluang kepada peniaga-peniaga mengemukakan cadangan lokasi lain yang bersesuaian untuk dipertimbangkan oleh MBSP.

"Bagi memudahkan pergerakan untuk ke lokasi perniagaan dan juga aktiviti penghantaran buah-buahan, MBSP juga telah menyediakan ruangan butiran pada borang permohonan bagi membantu peniaga dan pekerja membuat permit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Rozali berkata, senarai nama dan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan akan dimasukkan ke dalam permit dan peniaga boleh membawa permit berkenaan ke balai polis berdekatan untuk memohon permit perjalanan atau pergerakan rentas negeri.

Bagaimanapun katanya, syarikat atau peniaga yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) diwajibkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan atau Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang atau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Surat majikan juga perlu dikeluarkan kepada pekerja atau pemandu bagi memudahkan perjalanan atau pergerakan mereka ketika pemeriksaan sekatan jalan raya oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan mengenai kebimbangan peniaga durian yang dijangka menanggung kerugian kerana masalah pemasaran disebabkan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (total lockdown) ketika ini.

Musim buah-buahan terutamanya durian bakal tiba pada pertengahan bulan ini dan pastinya orang ramai menantikan jualan buah-buahan itu yang kebiasaannya beroperasi di tepi jalan serta berhampiran kawasan perumahan.

Namun disebabkan total lock down ramai yang beranggapan perniagaan buah-buahan tidak akan beroperasi dan hanya dijual melalui dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Lambakan raja buah: Peniaga jangka rugi RM80,000


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!