Penyertaan pegawai perubatan swasta masih dibuka

Kerajaan masih membuka penyertaan pengamal perubatan swasta untuk berkhidmat di Pusat Saringan Covid-19 dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). - Foto Bernama
Kerajaan masih membuka penyertaan pengamal perubatan swasta untuk berkhidmat di Pusat Saringan Covid-19 dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV). - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan masih membuka penyertaan pengamal perubatan swasta untuk berkhidmat di Pusat Saringan Covid-19 dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mengikut lokaliti berhampiran di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia selaras dengan usaha kerajaan untuk memperluaskan saringan Covid-19 dan mempercepat pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Pendaftaran masih dibuka dan boleh dilayari menerusi portal KKM, http://www.moh.gov.my – Iklan Pembelian Perkhidmatan Doktor Pakar Swasta dan Doktor Swasta Secara Kontrak (Contract For Service) DalamTempoh Penularan Wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia menghargai komitmen dan sumbangan pelbagai pihak dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

"Pengamal perubatan swasta turut menyumbang perkhidmatan mereka dengan cara berkhidmat sebagai sukarelawan di fasiliti kesihatan," katanya.

Kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) pada Mac 2020 telah bersetuju untuk menawarkan bayaran perkhidmatan kepada pengamal perubatan swasta sebagai penghargaan bagi sumbangan diberikan.

Artikel Berkaitan: