Anggota PBT langgar SOP berdepan tindakan

Gambar anggota penguat kuasa tanpa memakai pelitup muka mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang tular sejak Ahad.
Gambar anggota penguat kuasa tanpa memakai pelitup muka mengenakan kompaun terhadap peniaga jalanan yang tular sejak Ahad.
A
A
A

PASIR MAS - Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) berikutan gambarnya tidak memakai pelitup muka ketika mengenakan kompaun ke atas peniaga di Rantau Panjang tular sejak Ahad.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, tindakan anggota penguat kuasa berusia 39 tahun itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika menjalankan tugas.

"Lelaki berkenaan akan dikenakan tindakan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Beliau berkata, polis kini sedang giat mengesan anggota PBT terbabit untuk dikenakan tindakan dengan kadar segera susulan laporan polis diterima.

Menurutnya, gambar tersebut dirakamkan semasa anggota berkenaan menjalankan tugas penguatkuasaan ke atas peniaga tepi jalan yang menjalankan perniagaan di kawasan tidak dibenarkan berdekatan Masjid Beijing, Rantau Panjang.

Artikel Berkaitan: