X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Pengusaha bas sekolah rayu kerajaan beri moratorium automatik

Mohd Haron
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Bas Sekolah Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur (PBSSPKL) merayu kerajaan memberikan moratorium secara automatik sehingga 31 Disember ini bagi menyelamatkan industri bas sekolah.

Pengerusinya, Mohd Haron Mohamad Sidik berkata, terdapat pengusaha bas sekolah yang kehabisan wang simpanan untuk membayar kos baik pulih bas atau van sekolah, insurans, pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan lain-lain selepas pengumuman pembukaan semula sekolah pada 8 Mac lalu.

Bagaimanapun menurutnya, mereka kembali buntu untuk mencari sumber pendapatan selepas kerajaan mengumumkan penutupan sekolah pada awal Mei diikuti pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh pada 1 Jun lalu.

“Pengusaha bas sekolah tidak mampu bertahan lagi untuk meneruskan perniagaan bas sekolah. Ada yang berhutang dan ada yang ke pajak gadai untuk memastikan perniagaan mereka dapat diselamatkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Haron berkata, pengusaha juga buntu untuk mencari sumber pendapatan bagi membayar kos pemeriksaan Puspakom jika sekolah dibuka semula.

Ujarnya, ada antara mereka menerima panggilan daripada pihak bank kerana gagal melunaskan hutang dan bayaran pinjaman.

“Hutang semakin bertambah. Setiap hari pihak bank dan kredit menelefon pengusaha supaya membayar pinjaman bulanan tidak termasuk duit sara hidup keluarga dan hutang lain,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!