Ops Samseng Jalanan: Lapan termasuk remaja 16 tahun ditahan

Seramai lapan lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di sini pada Ahad.
Seramai lapan lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di sini pada Ahad.
A
A
A

BALING - Seramai lapan lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di Kampung Kuala Merah, Kuala Ketil di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shamsudin Mamat berkata, kesemua individu berusia 16 hingga 25 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang.

Beliau memberitahu, seorang individu ditahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) kerana memandu secara melulu dan berbahaya manakala tujuh individu lagi diambil tindakan atas pelbagai kesalahan trafik.

"Polis turut mengeluarkan 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik selain menyita sebuah motosikal," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, kesemua mereka turut dikompaun di bawah Peraturan 16 (2) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 atas sebab keluar rumah tanpa alasan.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa serta penjaga supaya mengawal anak-anak daripada terlibat dengan kegiatan tidak sihat selain terus kekal di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan: