Internet lemah luntur semangat pelajar ikuti PdPR

Mohammad Helmi (kanan) bersama anak-anak penduduk kampung terpaksa berdepan dengan masalah internet lemah dan menyukarkan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran.
Mohammad Helmi (kanan) bersama anak-anak penduduk kampung terpaksa berdepan dengan masalah internet lemah dan menyukarkan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran.
A
A
A

PASIR MAS - Capaian internet yang lemah di di Kampung Simpul, Tok Uban di sini melunturkan semangat pelajar untuk mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Difahamkan masalah capaian internet itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu dan bertambah parah apabila pelaksanaan PdPR susulan pandemik Covid-19.

Seorang pelajar, Muhammad Afiq Aizizi, 13, berkata, dia kini bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran menerusi aplikasi WhatsApp.

"Disebabkan masalah itu, saya hilang semangat untuk mengikuti sesi pembelajaran," katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.

Bagaimanapun katanya, dia tetap berusaha menghantar kerja sekolah seperti yang diarahkan oleh guru dan akan bertanya jika kurang faham menggunakan aplikasi WhatsApp.

Sementara itu, seorang bapa, Roswadi Abdul Rahman, 42, berkata, dia terpaksa berulang alik sejauh enam kilometer (km) untuk menghantar anak-anaknya ke rumah ibu bapanya di Tok Uban supaya dapat mengikuti PdPR dengan lebih lancar.

Ibu bapa sentiasa memberikan dorongan walaupun semangat pelajar di Kampung Simpul, Tok Uban, Pasir Mas untuk mengikuti PdPR 'luntur' susulan capaian internet yang lemah di kawasan berkenaan.
Ibu bapa sentiasa memberikan dorongan walaupun semangat pelajar di Kampung Simpul, Tok Uban, Pasir Mas untuk mengikuti PdPR 'luntur' susulan capaian internet yang lemah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, walaupun perlu bekerja keras namun ia tetap berusaha bagi memastikan tiga anaknya tidak ketinggalan mengikuti PdPR.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun berhampiran dengan pencawang namun capaian internet sangat lemah. Saya harap pihak berkenaan dapat memberikan perhatian bagi mengelakkan pelajar di kampung ini terlepas daripada mengikuti PdPR," katanya.

Sementara itu, seorang guru pelatih, Mohammad Helmi Roszami, 26, berkata, tugasnya sebagai pendidik agak mencabar susulan capaian internet lemah di kawasan itu.

Katanya, dia terpaksa memberikan tugasan dalam bentuk bercetak kepada pelajar bagi mengelakkan mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

"Saya akui selain masalah capaian internet lemah, kekangan gajet dalam kalangan pelajar turut merencatkan sesi PdPR," katanya.