Sajat dikehendaki polis kes penipuan kad pengenalan

Muhammad Sajjad dikesan sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
Muhammad Sajjad dikesan sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.
A
A
A

AMPANG - Polis sedang mengesan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan menukar maklumat kad pengenalan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dalam satu kenyataan berkata, Nur Sajat yang merupakan saksi dikehendaki hadir prosiding perbicaraan kes berkenaan di Mahkamah Ampang Jaya di sini pada 14 Julai ini.

"Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Ampang Jaya sedang mengesan Muhammad Sajjad yang beralamat terakhir di Kota Damansara, Seksyen 10, Petaling Jaya bagi menghadiri perbicaraan kes terbabit," kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Muhammad Sajjad, 36, turut diburu pihak berkuasa apabila waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, media melaporkan Nur Sajat kemungkinan sedang bersembunyi di Thailand selepas menghilangkan diri susulan waran tangkap berkenaan.

Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, polis turut mengesan seorang lelaki berkaitan kes penipuan pelaburan saham yang sedang dalam prosiding perbicaraan di mahkamah sama.

"Lelaki itu dikenali sebagai Cheah Kok Hau yang beralamat terakhir di Taman Kandan Batu 8, Jalan Puchong, Puchong.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Syafrina Nadzleen Ibrahim di talian 019-2692954," katanya.

Artikel Berkaitan: