RON95, RON97 naik 10 sen

Harga RON95 akan dijual pada harga RM2.08 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.38 seliter.
Harga RON95 akan dijual pada harga RM2.08 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.38 seliter.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kewangan menetapkan harga petrol naik 10 sen bagi RON95 dan RON97, manakala harga diesel kekal, bermula tengah malam ini sehingga 1 Mac depan.

Harga RON95 akan dijual pada harga RM2.08 seliter, manakala RON97 dijual dengan harga RM2.38 seliter.

Diesel kekal dengan harga RM2.18 sen seliter bagi tempoh tiga minggu berturut-turut.

Kementerian Kewangan melalui kenyataan media menjelaskan, peningkatan harga runcit petrol RON95 didorong oleh faktor peningkatan purata kos produk diproses (refined product) di pasaran dunia berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada AS$63.11 setong kepada AS$66.91 setong.

Kementerian bekkata, bagi produk diesel, kos purata produk diproses turut meningkat secara ketara iaitu daripada AS$74.38 setong kepada AS$79.11 setong.

“Sepatutnya harga runcit diesel adalah sebanyak RM2.33 seliter. Namun selaras dengan janji Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit diesel sekiranya harga sebenar pasaran adalah lebih tinggi daripada paras yang ditetapkan, iaitu RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 seliter untuk diesel, maka harga runcit diesel bagi tempoh 23 Februari 2019 sehingga 1 Mac 2019 terus dikekalkan pada paras

RM2.18 seliter,” katanya keyataan itu hari ini.

Minggu lalu, kadar minyak RON97 jujual pada harga RM2.28 seliter manakala RON95, RM1.98 seliter.

Artikel Berkaitan: