JKM kesan waris OKU

Rizal Ng
Rizal Ng
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Klang sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran.

Pelindung Kanak-Kanak JKM Daerah Klang, Zaidi Zakaria berkata, Rizal Ng Chong Wei, 9, merupakan mangsa pengabaian yang kini ditempatkan secara sementara di institusi JKM iaitu Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu di bawah subseksyen 19 (2) Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, kanak-kanak tersebut berada di institusi yang sama selama 3 tahun sebelum ini dan masih tiada waris atau ahli keluarga yang datang melawat.

“Sehubungan itu, mohon kepada sesiapa yang mengetahui atau mengenali ibu kandung kanak-kanak itu yang bernama Ima Tri Yanti, 35, seorang warganegara Indonesia atau waris kepada kanak-kanak tersebut untuk tampil membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang atau Pelindung Kanak-Kanak Daerah Klang, Zaidi Zakaria atau Nor Airlien Mohd Shafinye di talian 03-33413703 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan: