X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

'Kenapa janji temu vaksin 14 hingga 18 Jun ditunda'

Penangguhan janji temu vaksin pada tarikh 14 hingga 18 Jun dikongsikan di Twitter JKJAV pada Ahad. Gambar kecil: Lip Eng
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) diminta menjelaskan punca penangguhan janji temu suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini bermula 14 hingga 18 Jun ini.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, orang ramai wajar menerima penjelasan punca janji temu mereka ditangguhkan.

Menurutnya, penangguhan pada saat-saat akhir itu menyusahkan orang ramai terutama mereka yang terlibat pada tarikh penangguhan berkenaan.

"Mereka sudah pastinya melakukan segala persiapan untuk pergi mengambil vaksin, namun dengan mudah sahaja penangguhan ini diumumkan.

"Apakah sebab penangguhan ini sama ada disebabkan isu kehabisan bekalan vaksin, perlu menunggu bekalan baharu atau JKJAV mengalami masalah logistik? Apa pun alasannya orang awam perlu tahu sebabnya," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, JKJAV perlu telus dalam menjalankan tugas dan memastikan masalah sama tidak berulang.

"Saya hairan mengapa masih ada masalah-masalah seperti penangguhan ini sedangkan dalam masa sama pemberian vaksin berjalan dengan kadar yang agak lambat.

"Segala macam cara perlu diambil bagi memastikan penangguhan seperti ini tidak berlaku lagi dalam memastikan proses pemberian vaksin mesti berjalan dengan lancar dan tanpa halangan untuk mencapai imuniti kelompok," katanya.

JKJAV menerusi ciapan di Twitter pada Ahad memakluman sesetengah janji temu yang dijadualkan pada 14 hingga 18 Jun ini ditunda ke tarikh baharu.

JKJAV menjelaskan, pindaan tarikh tersebut bagi memastikan keselesaan orang ramai dan supaya amalan penjarakan sosial dengan segala prosedur operasi standard (SOP) dapat dipatuhi dengan baik.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!