Kerajaan digesa tubuh pusat penyelidikan vaksin nasional

suntikan vaksin
suntikan vaksin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa kerajaan mencari pakar dan sumber tempatan bagi menangani isu bekalan serta keberkesanan vaksin jangka panjang melalui penubuhan pusat penyelidikan vaksin nasional.

Presiden MEF Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman JP berkata, kerajaan telah melakukan usaha yang baik dengan penubuhan pelbagai pusat vaksinasi sama ada dalam bentuk mega dan unit bergerak selain melibatkan klinik serta hospital swasta bagi membantu usaha itu serta menggerakkan kor perubatan angkatan tentera.

"Bagaimanapun, ketika kita merancang infrastruktur logistik dan pusat vaksin, perlu ada strategi menyeluruh bagi bekalan vaksin.

"Berdasarkan situasi itu dan matlamat untuk menjaga kesihatan serta keselamatan Rakyat daripada COVID-19 dan pandemik serupa pada masa akan datang, adalah penting untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan vaksin nasional berasaskan kepakaran dan sumber tempatan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hussain berkata, Malaysia perlu menubuhkan pusat penyelidikan vaksin khusus untuk melihat prospek jangka panjang dalam menghasilkan vaksin Malaysia sendiri.

"Malaysia memiliki kemudahan akademik serta penyelidikan saintifik dan pakar tempatan kita juga telah diiktiraf di peringkat global kerana menghasilkan vaksin bagi virus Nipah selain menangani SARS, H1N1 dan lain-lain sebelum ini,” katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: