Sweden berikan penghormatan kepada Eriksen

Pemain serta pegawai Sweden bersama kain rentang tanda solidariti buat Eriksen
Pemain serta pegawai Sweden bersama kain rentang tanda solidariti buat Eriksen
A
A
A

KAPTEN Sweden, Sebastian Larsson menyifatkan insiden yang menimpa pemain Denmark, Christian Eriksen sebagai sesuatu yang menyedihkan ketika saingan Euro 2020 baru sahaja bermula.

Menurut Larsson, insiden berkenaan disifatkan sebagai berita buruk yang tidak sepatutnya diterima skuad Blagult itu sejurus tiba di Seville bagi berdepan Sepanyol pada aksi E, Euro 2020 pada Selasa.

“Kami baru sahaja tiba di Seville ketika menerima berita yang mengatakan Eriksen rebah secara tiba-tiba ketika beraksi menentang Finlad dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Euro 2020, di Stadium Parken, Copenhagen.

“Kami juga difahamkan, Eriksen terpaksa diberikan rawatan kecemasan CPR di padang sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Oleh itu, saya dan seluruh pasukan berharap agar Eriksen pulih seperti sedia kala selepas ini,” katanya.

Sebagai tanda solidariti, Larsson telah memuat naik gambar kain rentang bertulis “Fight Christian” bertujuan untuk memberikan semangat agar Christian terus berjuang melawan kesakitannya.

Sementara itu, Larsson turut menyifatkan berita berkenaan telah menimbulkan rasa tidak tenteram kepadanya khususnya apabila memikirkan mengenai situasi yang perlu dihadapi oleh Eriksen dan keluarganya ketika ini.

Katanya, situasi berkenaan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan jika dirinya berada di tempat Eriksen serta keluarganya, ketika ini.

Artikel Berkaitan:

“Sebenarnya ada perkara di dunia ini yang menggambarkan sukan bukannya perkara paling penting dalam kehidupan seharian.

“Sebagai contoh, apabila perkara seperi ini berlaku, tidak ada istilah pesaing atau perbezaan negara tetapi ia hanyalah persahabatan dan dasar kemanusiaan antara satu sama lain.

“Untuk itu, kami dedikasikan segala rasa kasih sayang kami kepada Christian dan keluarganya juga kepada keseluruhan skuad Denmark,” katanya.