Misi Austria tercapai

Goran Pandev meraikan gol penyamaan jaringannya buat Macedonia Utara.
Goran Pandev meraikan gol penyamaan jaringannya buat Macedonia Utara.
A
A
A

MISI Austria untuk melakar kemenangan sulung pada saingan Euro akhirnya tercapai apabila skuad kendalian Franco Foda itu menewaskan Macedonia Utara 2-1pada aksi Kumpulan C Euro 2020 di Arena Nationala, Bucharest pada awal pagi Isnin.

Austria membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan volley Stefan Lainer yang menewaskan penjaga gol, Macedonia Utara, Stole Dimitrievski.

Bagaimanapun, kegembiraan skuad The Team itu hanya seketika apabila 10 minit kemudian Macedonia Utara menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang berusia 37 tahun (322 hari), Goran Pandev pada minit ke-27 yang sekali gus turut menjadikannya sebagai penjaring kedua tertua pada saingan Euro selepas pemain Austria Ivica Vastic yang menjaringkan gol ketika berusia 38 tahun 257 hari pada edisi 2008 lalu.

Penjaring gol ketiga Austria, Marko Arnautovic diraikan rakan-rakan sepasukan.
Penjaring gol ketiga Austria, Marko Arnautovic diraikan rakan-rakan sepasukan.

Perlawanan selepas itu semakin menarik apabila kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas asakan dalam usaha menambah jaringan, namun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan hingga tamat babak pertama.

Pada minit ke-65, Austria hampir menjaringkan gol kedua menerusi tandukan pemain gantian Michael Gregoritsch, namun berjaya ditepis Dimitrievski.

Bagaimanapun Gregoritsch menebus kegagalannya itu dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-78, sebelum Marko Arnautovic kemudiannya menjaringkan gol ketiga pada minit ke-89 bagi mengesahkan kemenangan sulung Austria pada saingan Euro.

Artikel Berkaitan:

Stefan Lainer merembat deras untuk menjaringkan gol pertama Austria pada perlawanan berkenaan.
Stefan Lainer merembat deras untuk menjaringkan gol pertama Austria pada perlawanan berkenaan.

Pemain Austria Stefan Lainer turut menunjukkan solidariti terhadap pemain Denmark, Christian Eriksen yang rebah secara tiba-tiba ketika beraksi berdepan Finland pada Sabtu.
Pemain Austria Stefan Lainer turut menunjukkan solidariti terhadap pemain Denmark, Christian Eriksen yang rebah secara tiba-tiba ketika beraksi berdepan Finland pada Sabtu.