X

Kindly register in order to view this article
!

Peluang jemaah haji buat persiapan lebih rapi

Gambar dari kiri: Rubiah ketika menunaikan umrah pada 2014, Kyairolzamri
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan Arab Saudi tidak membenarkan jemaah dari luar negara ke tanah suci tahun ini dilihat boleh memberi masa kepada bakal jemaah haji membuat persiapan lebih rapi.

Seorang guru, Kyairolzamri Sariat, 46, berkata, beliau akur dengan keputusan itu dan beranggapan ada hikmah di sebalik penangguhan tersebut.

"Penangguhan ini dapat memberikan saya peluang untuk membuat lebih banyak persiapan dan persediaan dari segi mental dan fizikal," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, walaupun belum menerima surat tawaran pada tahun ini, namun semua bakal haji tahun lepas telah diminta mengikuti kursus secara dalam talian.

"Saya ingatkan tahun ini dapat ke tanah suci seperti dijadualkan kerana prosedur asas persiapan dilakukan seperti biasa seperti kursus, suntikan vaksin dan ada di antaranya telah diluluskan visa.

"Saya berharap dapat tunaikan haji tahun depan bersama isteri. Kali terakhir ke tanah suci kira-kira 20 tahun sewaktu menuntut di Universiti Jordan," katanya.

Sementara itu, seorang pesara guru, Rubiah Abdul Tohid, 61, berkata, beliau menganggap keputusan kerajaan Arab Saudi itu sebagai langkah tepat ketika dunia bergelut dengan pandemik Covid-19.

"Semua orang hendak jejakkan kaki ke sana, tetapi ALLAH SWT belum izinkan lagi, jadi anggap sahaja ia sebagai ujian.

"Saya pun tidak terlalu sedih kerana situasi yang tidak mengizinkan ketika Covid-19. Kita kalau hendak buat ibadah haji mesti dalam keadaan tenang dan selesa. Apabila adanya Covid-19 ini hati jadi berbelah bahagi," katanya.

Katanya, beliau tidak banyak melakukan persediaan pada tahun ini memandangkan kebanyakan kelengkapan telah dibeli sejak tahun lepas.

Wan Mohamad
Wan Mohamad

KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas akur dengan keputusan kerajaan Arab Saudi walaupun telah menunggu untuk ke tanah suci sejak 12 tahun lalu.

Wan Mohamad Wan Su, 69, dari Kampung Kubang Parit, di sini berkata, langkah itu wajar dilakukan bagi menjaga keselamatan diri dan individu lain daripada berlakunya penularan pandemik Covid-19.

"Saya akui memang saya tertunggu-tunggu panggilan haji sejak 12 tahun lalu selepas daftar haji pada tahun 2009. Kalau boleh lepas daftar tu rasa nak pergi terus ke Makkah.

"Disebabkan giliran saya lambat lagi, saya juga ada daftar untuk tunaikan umrah yang dijadualkan pada tahun 2022. Namun, disebabkan dunia dilanda wabak Covid-19, mungkin ia akan memanjangkan lagi penantian saya untuk ke tanah suci," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Dalam pada itu, dia tetap berdoa agar dikurniakan kesihatan yang baik untuk mencapai impian menunaikan haji.

"Buat masa ini saya masih sihat, namun siapa tahu nasib yang akan menimpa esok lusa. Saya berharap dikurniakan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan Rukun Islam ke-5 itu," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!