X

Kindly register in order to view this article
!

England mula langkah kanan di Wembley

Penyerang England, Raheem Sterling meraikan jaringannya pada perlawanan berkenaan.
A
A

GOL tunggal jaringan Raheem Sterling pada minit ke-56 memastikan England meraih tiga mata berharga pada aksi pembukaan Kumpulan D Euro 2020 berdepan Croatia, di Stadium Wembley, malam tadi.

Bermula garang sebaik wisel permulaan, skuad kendalian Gareth Southgate itu hanya memerlukan lima minit untuk menggamatkan stadium menerusi rembatan bintang muda Manchester City, Phil Foden yang menggegarkan tiang gol walaupun penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic sudah pun tertewas.

Tersentak dengan serangan itu, Croatia dilihat mula bangkit mengatur serangan ke gawang lawan namun segala asakan skuad The Blazers itu dilihat gagal menepati sasaran selain berjaya dikekang benteng pertahanan England hingga tamat babak pertama.

England dilihat menggandakan asakan pada babak kedua bagi membuka jaringan dan usaha berkenaan berhasil apabila Sterling berjaya menyambut baik lorongan pemain Leeds United, Kalvin Phlilips untuk gol tunggal perlawanan.

Bagai mendapat semangat baharu, skuad The Three Lions itu dilihat semakin hebat mengasak ke gawang lawan bagi menambah jaringan, namun gagal menembusi benteng pertahanan lawan hingga ke wisel penamat.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!