Polis tahan 4 individu disyaki edar dadah bernilai lebih RM49,000

PDRM
PDRM
A
A
A

BATU PAHAT - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah selain merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM49,000 dalam tiga serbuan berasingan iaitu di Simpang Renggam, Kluang dan sekitar daerah ini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kesemua warga tempatan yang berumur antara 30 dan 40 tahun itu ditahan hasil daripada maklumat dan risikan pasukan polis dalam operasi yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8 malam.

“Hasil daripada tangkapan tersebut polis merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 284.45 gram, heroin seberat 572.45 gram dan eramin 5 seberat 14.5 gram yang dianggarkan berjumlah RM49,320.75.

“Turut dirampas sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan wang tunai sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata, keempat-empat individu yang mempunyai pelbagai rekod jenayah dan dadah itu direman selama tujuh hari sehingga 19 Jun untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama

Artikel Berkaitan: