X

Kindly register in order to view this article
!

India catat 80,834 kes baharu Covid-19

A
A

NEW DELHI - Jumlah kes Covid-19 di India meningkat kepada 29,439,989 pada Ahad, dengan sebanyak 80,834 lagi kes baharu dicatatkan dalam tempoh 24 jam, kata kementerian kesihatan.

Selain itu, 3,303 pesakit meninggal dunia sejak pagi Sabtu menjadikan jumlah korban kini seramai 370,384 orang, lapor Agensi Berita Xinhua.

Enam hari berturut-turut India menyaksikan jumlah kes kurang daripada angka 100,000 selepas mencecah lebih 400,000 kes selama beberapa hari pada April-Mei.

Masih terdapat 1,026,159 kes aktif, selepas penurunan sebanyak 54,531 kes aktif.

Keseluruhan setakat ini sebanyak 28,043,446 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!