X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19: Mydin Meru Raya lakukan sanitasi

Perkongsian di laman Facebook mengenai berlaku kes positif Covid-19 melibatkan 14 kakitangan Pasar raya Mydin Meru Raya yang tular pada Ahad.
A
A

IPOH - Orang ramai diminta tidak panik dan bertenang dengan penyebaran berita mengenai kes positif Covid-19 di Pasar raya Mydin Meru Raya di sini yang tular di media sosial pada Ahad.

Pihak pengurusan Pasar raya Mydin Meru Raya dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah menjalankan prosedur disinfeksi dan sanitasi secara menyeluruh premis mereka pada Sabtu susulan terdapat pengesanan kes positif Covid-19.

Sementara itu, individu yang disahkan positif sedang mendapatkan rawatan, manakala semua kontak rapat telah dikenalpasti dan dikuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Operasi Mydin Meru Raya adalah mengikut pematuhan SOP yang ketat dan mengikut kebenaran KKM.

"Terima kasih di atas doa daripada semua pihak dan semoga mereka yang sedang dirawat mendapat kesembuhan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kenyataan rasmi pihak pengurusan Mydin Meru Raya berkaitan berita tular mengenai kes positif Covid-19 di pasar raya tersebut pada Ahad.
Kenyataan rasmi pihak pengurusan Mydin Meru Raya berkaitan berita tular mengenai kes positif Covid-19 di pasar raya tersebut pada Ahad.

Pihak pengurusan pasar raya tersebut turut memaklumkan proses pembersihan dan sanitasi berkala setiap dua jam sentiasa dijalankan bagi memastikan keselamatan kakitangan serta komuniti.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Mydin Meru Raya yang dihubungi memaklumkan operasi perniagaan pasar raya tersebut berjalan seperti biasa dari jam 8 pagi hingga 8 malam.

Pihaknya turut menafikan laporan yang tular di media sosial kononnya seramai 14 kakitangan pasar raya tersebut positif Covid-19.

Berita mengenai kes positif yang berlaku di pasar raya tersebut tular di media sosial dengan dakwaan seramai 14 kakitangan disahkan positif virus berkenaan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!