Sila log masuk terlebih dahulu.

Bapa Presiden Cuepacs meninggal dunia

Adnan (kanan) menyiram air mawar di pusara ayahnya selepas selesai dikebumikan petang pada Ahad.
Adnan (kanan) menyiram air mawar di pusara ayahnya selepas selesai dikebumikan petang pada Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Bapa kepada Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat meninggal dunia di Taman Guar Perahu Kubang Semang di sini pada malam Sabtu.

Adnan berkata, bapanya, Mat Khamis, 91, meninggal dunia kira-kira jam 11.52 malam disebabkan sakit tua.

Menurut beliau, jenazah bapanya telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Guar Perahu, Kubang Semang di sini pada petang Ahad.

“Marilah kita sama-sama kita sedekah al-Fatihah kepada arwah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya.

Allahyarham meninggalkan tujuh orang anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan.

Artikel Berkaitan: