Bakal jemaah haji reda keputusan Arab Saudi

Gambar dari kiri: Siti Zurinah, Wan Faten
Gambar dari kiri: Siti Zurinah, Wan Faten
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bakal-bakal jemaah haji reda dengan keputusan Arab Saudi yang mengehadkan jumlah jemaah pada tahun ini kepada 60,000 orang dan hanya diberikan kepada penduduk serta ekspatriat di negara tersebut.

Seorang kakitangan swasta, Siti Zurinah Mat Saman, 46, dia dan suami sedikit kecewa dan sedih dengan keputusan tersebut kerana hampir selesai menyediakan kelengkapan untuk menunaikan haji.

Menurutnya, dia juga baru sahaja selesai menerima suntikan vaksin pada 1 Jun lalu sebagai salah satu syarat untuk menunaikan haji.

“Saya dan suami sepatutnya sudah berangkat tahun lepas bila dapat panggilan tetapi ditangguhkan dan tahun ini juga sekali lagi tiada penghantaran jemaah dari Malaysia.

“Walau bagaimanapun, saya yakin semua ada hikmah apabila keputusan tersebut ditangguhkan seperti dapat vaksin lebih awal daripada orang lain,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Dalam pada itu, Siti Zurinah berkata, keputusan tersebut juga dibuat disebabkan kes jangkitan Covid-19 masih tinggi dan kos pelaksanaan haji mungkin lebih tinggi.

Muka hadapan Sinar Harian
Muka hadapan Sinar Harian

Sementara itu, penjawat awam, Wan Faten Humairah Wan Muhammad, 45, berkata, dia sepatutnya menunaikan haji tahun lalu, namun rezeki untuk menunaikan haji pada tahun ini masih belum berpihak kepadanya.

Artikel Berkaitan:

“Persiapan yang dah saya lakukan seperti vaksin wajib dah buat, pemeriksaan perubatan sekarang ini tinggal yang terakhir sahaja sebab semua persiapan hampir selesai.

“Beg-beg dah bawa turun nak isi kelengkapan, kain ihram pun dah basuh.

“Kita tengok tahun depan je lah macam mana keputusan Arab Saudi walaupun sedih tapi kita terima keputusan ini dengan hati terbuka walaupun berat hati kerana untuk keselamatan kita sendiri,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia tidak hantar jemaah haji, akur keputusan Arab Saudi