Kerajaan tidak pernah campur urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan memberikan sepenuh kerjasama supaya jawatankuasa berkenaan dapat melaksanakan fungsi seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

Jelas beliau, kenyataan pada 12 Jun 2021 mengenai peranan kerajaan dalam perlembagaan dan undang-undang berhubung perisytiharan darurat serta hal-hal berkaitan dengannya dipetik di luar konteks yang sebenar.

“Kerajaan akan mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab semasa membuat keputusan mengenai darurat termasuk mengiktiraf mekanisme yang wujud secara sah di sisi undang-undang.

“Dengan kata lain, kerajaan mengiktiraf sepenuhnya kewujudan Jawatankuasa Khas Bebas yang diwujudkan di bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Takiyuddin berkata, kerajaan terus berperanan menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan semasa tempoh darurat berkuatkuasa sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 11 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

“Justeru, dalam keadaan negara masih berperang dengan pandemik Covid-19, sebaiknya semua pihak akur kepada fungsi masing-masing yang ditetapkan di bawah kerangka perundangan sedia ada,” jelas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN 'Kenyataan Takiyuddin hina AJK Khas Bebas Darurat'

Artikel Berkaitan: