Kes Covid-19 turun lagi, 5,304 hari ini

Sejumlah 5,304 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.
Sejumlah 5,304 kes positif Covid-19 dilaporkan hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 5,304 kes baharu positif Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini 657,508 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 5,299 melibatkan kes tempatan.

“4,146 kes melibatkan warganegara dan 1,153 bukan warganegara.

“Kes import yang dicatatkan pula sebanyak lima kes melibatkan dua warganegara dan tiga bukan warganegara,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Dr Noor Hisham menambah, sebanyak 8,163 kes sembuh dicatatkan menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 580,276 kes.

Katanya, sebanyak 917 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan 452 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 64 kes kematian dicatatkan pada Ahad melibatkan 61 warganegara dan tiga bukan warganegara.

“Kes kematian ini melibatkan 15 di Selangor, Kuala Lumpur (10), Johor (tujuh), Kedah (enam), Negeri Sembilan (lima), Pahang (lima), Sarawak, (empat), Labuan (empat), Sabah (dua), Kelantan (dua) dan masing-masing satu kes di Pulau Pinang, Perak, Melaka serta Terengganu,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Dr Noor Hisham, sebanyak 73,324 kes aktif dicatatkan dan jumlah kluster aktif adalah 766 kluster.

“Dari segi jumlah kluster yang ada adalah 2,477 kluster dan sebanyak 15 kluster baharu dicatatkan, manakala jumlah kluster tamat ialah 1,711,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 1,973 kes.

“Diikuti Sarawak (544), Kuala Lumpur (462), Johor (363), Sabah (335), Negeri Sembilan (331), Kedah (301) dan Pulau Pinang (256),” katanya.

Beliau berkata, Kelantan merekodkan 179 kes, Labuan (158), Melaka (145), Perak (121), Pahang (78), Terengganu (46), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (lima).