Thailand sangkal dakwaan sekat eksport vaksin AstraZeneca

Siam Bioscience Co Ltd satu-satunya pengeluar vaksin Covid-19 AstraZeneca di Asia Tenggara.
Siam Bioscience Co Ltd satu-satunya pengeluar vaksin Covid-19 AstraZeneca di Asia Tenggara.
A
A
A

BANGKOK - Thailand menafikan menyekat eksport vaksin Covid-19 AstraZeneca susulan terdapat dakwaan mengatakan kerajaan mengutamakan vaksin yang dihasilkan di negara ini.

Wakil jurucakap kerajaan, Traisuree Traisoranakul menerusi Twitternya berkata, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnivirakul sudah menjelaskan bahawa perkara itu diputuskan pihak pengurusan syarikat pengeluar vaksin dan bukannya kerajaan.

Pada Sabtu, Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen berkata, kelewatan penghantaran vaksin AstraZeneca dihasilkan di Thailand disebabkan negara itu mengutamakan vaksin untuk kegunaan tempatan berikutan situasi wabak yang semakin buruk.

Selain Taiwan, beberapa negara lain termasuk Malaysia dan Filipina turut melaporkan kelewatan menerima vaksin dihasilkan di Thailand.

Kelewatan itu mencetuskan persoalan mengenai rancangan pengedaran AstraZeneca di Asia Tenggara, sebanyak 200 juta dos adalah bergantung kepada vaksin dihasilkan Siam Bioscience Co Ltd, pengeluar tunggal di Thailand.

Siam Bioscience satu-satunya pengeluar vaksin Covid-19 AstraZeneca di Asia Tenggara dan memainkan peranan penting dalam menyediakan keperluan vaksin di rantau itu.

Sebelum ini dilaporkan vaksin akan dapat dieksport ke negara Asia Tenggara menjelang Julai. - Bernama

Artikel Berkaitan: