X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 28 November 2021

113,200 benih ikan air tawar dilepaskan di Sungai Pahang

Abdullah (tengah) bersama benih ikan lampam sungai yang dilepaskan di Sungai Jelai di Kampung Telang.
A
A

KUANTAN - Jabatan Perikanan Pahang telah melepaskan 113,200 benih pelbagai spesies ikan air tawar di perairan Pahang dalam usaha meningkatkan bekalan sumber protein di perairan negeri ini.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, pelepasan benih pelbagai spesies ikan air tawar itu membabitkan tiga daerah iaitu di Kuala Lipis, Raub dan Pekan.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 28,300 benih ikan kerai, baung dan lampan sungai telah dilepaskan di perairan Tasik Chini, Pekan.

"Dua lagi lokasi di Sungai Jelai iaitu di Kampung Telang dan Sungai Telang di Kampung Lubuk Kulit, di Kuala Lipis, masing-masing sebahagiannya 50,000 benih lampam sungai, 6,000 (baung) dan 600 (kerai).

"Sebanyak 25,000 benih ikan lampam sungai dan 3,000 (baung) di Raub manakala dan 300 (kerai) di Sungai Lipis iaitu di Kampung Jeram Besu yang terkenal dengan pelbagai spesies ikan air tawar lain," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Pada Sabtu, Jabatan Perikanan telah mengadakan program pelepasan benih ikan air tawar di Sungai Telang, di Kuala Lipis.

Beliau menjelaskan program pelepasan benih ikan air tawar spesies terpilih dilakukan sepanjang tahun membabitkan semua daerah dan negeri.

Katanya, pelaksanaan projek itu juga dapat membantu nelayan menambahkan sumber pendapatan mereka, jika adanya pertambahan benih ikan.

"Kalau ikutkan dalam tempoh 10 tahun sejak 2010, jabatan itu sudah melepaskan 12.8 juta benih pelbagai spesies ikan dan udang galah ke perairan umum di negeri ini," ujarnya.

Sehubungan itu, pihaknya berharap nelayan darat, masyarakat setempat dan peminat aktiviti memancing mendapat memanfaatkan daripada program pelepasan benih ikan dan udang galah yang dilakukan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!