X

Kindly register in order to view this article
!

Penjual kelapa didakwa amang seksual dua lelaki

Tertuduh, Mohd Khairul Azuar Muhammad, 33, (dua dari kiri) dikawal ketat polis keluar dari lokap menuju ke bilik Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagi berdepan dua tuduhan membabitkan kesalahan seksual pada Ahad.
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Seorang penjual kelapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Ahad atas tuduhan melakukan oral seks dan amang seksual terhadap dua lelaki pada Mei lalu.

Tertuduh, Mohd Khairul Azuar Muhammad, 33, didakwa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa oral seks dengan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan luar tabii ke atas seorang lelaki berusia 20 tahun tanpa kerelaannya di Hutan Jalan Permatang Sungkai, Pasir Puteh pada jam 8 malam, 20 Mei lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun serta juga dikenakan sebatan.

Pada tuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang berusia 16 tahun enam bulan di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Nibong, Kampung Padang Kala, Melor pada jam 9.30 malam, 16 Mei lalu.

Bagi tuduhan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizuan sulaiman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Faizuan tidak mencadangkan tertuduh diikat jamin kerana dakwaan seksual selain yang dihadapi tertuduh dibimbangi kacau ganggu saksi dan masyarakat amnya.

Tertuduh bagaimanapun merayu agar mahkamah membenarkannya diikat jamin dan memohon rawatan khas mental terhadapnya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM 30,000 bagi kedua-dua kes dengan syarat-syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi.

Kes ditetapkan semula kes pada 14 Julai depan untuk serahan dokumen dan laporan perubatan.