X

Kindly register in order to view this article
!

SOP dibuat bukan untuk susahkan sesiapa: Shabudin

Shabudin Yahaya
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Shabudin Yahaya menyeru semua pihak agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Beliau berkata, SOP yang dibuat kerajaan itu bukan bertujuan untuk menyusahkan sebaliknya memudahkan semua pihak untuk kembali kepada hidup normal.

Menurut beliau, bagi menjayakan hasrat itu, peranan pemimpin dan rakyat adalah penting untuk mematuhi segala SOP ditetapkan.

"Saya minta kita semua bantu membantu menjaga nyawa dan keselamatan daripada wabak Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

"Setiap seorang daripada kita mesti mematuhi SOP dan arahan yang diberi kerana jika kita tidak bertanggungjawab, padahnya ialah kepada semua. Tanggungjawab ini terletak di bahu semua, tidak kita yang berpangkat tinggi atau rakyat biasa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Shabudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, beliau juga kesal dengan tindakan segelintir pihak yang bertindak melanggar SOP ditetapkan.

Katanya, perkara itu dapat dilihat apabila masih ramai yang ditahan kerana tidak memakai pelitup muka serta ada yang sanggup bertindak memalsukan surat rentas negeri.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!