X

Kindly register in order to view this article
!

Korban lombong arang batu meletup di Colombia meningkat 9 orang

Angka korban dalam insiden lombong arang batu di Boyaca, Colombia meletup meningkat kepada sembilan orang. (Gambar hiasan - Foto 123RF)
A
A

BOGOTA - Tujuh lagi mayat pelombong dijumpai pada Sabtu menjadikan angka korban dalam insiden lombong arang batu di Boyaca, Colombia meletup meningkat kepada sembilan, kata pihak berkuasa tempatan.

Tiga pekerja diselamatkan dan dua mayat dijumpai pada Jumaat, lapor Agensi Berita Xinhua.

Pengarah Agensi Perlombongan Negara (ANM), Juan Miguel Duran mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Lombong arang batu itu terletak berdekatan dengan perbandaran Socha.

"Kami sedih dengan apa yang berlaku. Takziah kepada keluarga mangsa dan semoga mangsa terselamat cepat pulih," tulisnya di Twitter. - Bernama


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!