Reman 'safieyillias94', 'pipinatasha' disambung tiga hari

Usahawan kosmetik kontroversi (kanan) bersama rakannya (kiri) direman kes dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
Usahawan kosmetik kontroversi (kanan) bersama rakannya (kiri) direman kes dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.
A
A
A

KAJANG - Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyambung reman tiga hari terhadap dua pemilik akaun Instagram bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, perintah sambung reman itu bermula Ahad hingga Selasa.

"Sambung reman (dua pemilik akaun Instagram) bermula hari ini sehingga Selasa," katanya dalam kenyataan ringkas pada Ahad.

Pada Khamis, perbuatan itu dikatakan berlaku ketika pemilik akaun Instagram yang dikenali sebagai 'safieyillias94' dan 'pipinatasha' mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai dua kanak-kanak bawah umur.

Pengguna Instagram itu juga didakwa berpakaian seksi selain bersama pemilik akaun 'safieyillias94' menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit.

Dua pemilik akaun Instagram berusia 20-an itu telah ditahan dan direman tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(1)Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

ARTIKEL BERKAITAN Usahawan kosmetik, rakan direman tiga hari

Artikel Berkaitan: